Sunday, December 26, 2010

Wedding Gift: Purple+Green

Wedding gift ditempah oleh sis saya, Erma utk bff, kak Zrett. Since tema wedding kak Zrett Lime Green+Purple, Erma merequest sy buatkan gift choc mengikut tema yg sama. Thanks Along (kerana menambahkan tabung kawen aku juga! haha!)



Hantaran Dec: Pink+White

Hantaran ni ditempah oleh Azwa. Dia telah minta sy buatkan hantaran menggunakan small square box. Tema pink + white. Oh! btw, bukan utk Azwa. dia nk hadiahkan kpd org lain. hihi. Lets cekidaut!





Azwa juga minta sy buatkan choc utk makan-makan. Mix shape with mix filling. Thanks Azwa! nnt kawen tempah lagi! hihi.

Mo Craft and Chocolate!

Bulan ni juga sy dpt byk tempahan choc melalui empunya Mo Craft, nurul. choc utk hantaran sis-in-law, choc utk makan-makan, choc ordered by her officemate Amir and Chin. Thanks uolss!! hihi

Choc utk sis-in-law (theme white+pink). Utk box, nurul deco sendiri. sy pun blum pernah tgk camne deco nye. nnt kita sama-sama tggu update dr blog Mo Craft okay?


Choc utk makan-makan. Nurul minta sy buatkan mix filling choc. sy letakkan warna yg berbeza mengikut flavo. (Pink = Strawberry, Peach = Mango, Brown = Toffee, Blue = Blueberry, Green = Mint, Yellow = Caramel)



A Christmas gift - tempahan drpd Chin, officemate Nurul. Mcm biasa, sy supply choc, Nurul buatkan deco utk Chin. Deco bertemakan Krismas. sy sgt suka unsur2 white dot2 tu. nmpk mcm snow and pokok krismas tu sgt comel!



Anniversary gift utk parents drpd Amir, jg officemate Nurul. Tema box biru.. so sy buatkan choc pun tema biru putih (tiffany) hihi. Box deco, Nurul buat. sy aritu sy xsempat nk amik foto box tu. tp kamu boleh tengok hasilnya di sini.


Terima kasih kepada Nurul, Chin dan Amir. Jangan lupa tempah2 lagi tau! (^_^)

Mesmerize DoorGift Pink w ThankU Ribbon (lime green+purple)

Mesmerize yg ini pula menggunakan warna tema lime green+purple. Kak Zrett minta sy buatkan thank u ribbon macam yg sebelum2 ni.

Utk ribbon, sy gunakan warna lime green+cream, dan utk choc sy gunakan warna purple seperti yg telah direquest oleh Kak Zrett.



Thanks Kak Zrett! selamat pengantin baru.

mesmerize & duoflavo doorgift project

Tempahan drpd Atiqah utk doorgift on her wedding day. 1st at all, sy nk ucapkan berbanyak2 terima kasih kerana mpercayai HBL utk menyempurnakan projek besar ni.

Atiqah tempah 600pcs mesmerize (choc oreo) dan 500pcs duoflavo (mango+strawberry). Thanks a lot Atiqah! Congrats in advance for ur big day on 1st Jan 2011. (^_-)

Utk tempahan Atiqah, sy mengambil masa selama 2mggu utk siapkan. Buat sorang-sorang tau. Balik keje opis pulun choc, 2 weekend pulun choc. apepun, sy bpuas hati dpt siapkan kesemua choc tsebut dgn 0% rejected dan rilex2.

Punca 2 minggu tak kuar bersosial
(no movies, no window shop, no jalan-jalan cari makan)

Spt yg kamu sedia tau, mesmerize adalah biskut oreo yg diletakkan di tgh2 choc.. So mesti ada yg tertnya-tnya..mcm mane rupa duoflavo di dlm choc.. hihi. rupanye mcm brain pun ye gak.. utk Atiqah ni, dia minta suggestion sy utk fillingnye.. sy cdgkan combination mango and strawberry sbb kedua-dua perisa ni amat strong dan menolak antara 1 sama lain.. jom tengok cane rupanye.

warna oren = mango, warna pink = strawberry

untuk top pula, atiqah minta warna pink utk semua choc yg ditempah.. jadilah seperti ini..

mesmerize choc and duoflavo

Again, thank you so much Atiqah!

Sunday, December 5, 2010

Bad news (T.T) and Good news (^_-)

Seperti yg telah sy gembar gemburkan di FB sebelum ni, HBL akan buat 2 pengumuman. 1 bad.. huhu.. 1 good.. yeay!

Kita mulakan dgn yg bad news dulu ya. Bad News:
kami di HBL dukacita ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2011, harga semua jenis choc di HBL akan dinaikkan sebanyak 20sen - 50sen. Ini kerana harga bahan mentah utama iaitu coklat telah naik dipasaran. Bukan sen, tp ringgit! kami juga terkejut dgn kenaikan harga tersebut. (T.T) Dengan rs berat hati, kami terpksa juga naikkan harga choc di HBL kerana ingin mengekalkan jenis dan isipadu choc yg digunakan selama ini. Anda mungkin akan melihat di tempat lain, ada yang menawarkan harga yg lebih rendah, tetapi rasa choc mereka mungkin berbeza dgn choc di HBL. Oleh itu, kami telah membuat keputusan utk kekal menggunakan choc jenama yg sama dgn menaikkan sedikit harga di sini.

Setiap yg buruk, pasti ada baiknya. Good News:
Kami tetap akan memberikan homemade choc yg terbaik untuk anda. Tidak kurang, malah kami akan memberikan yg lebih baik drpd sekarang. Oleh itu, kepada yang berminat untuk menempah choc kami pd tahun 2011, anda dialu-alukan untuk membuat tempahan sepanjang bulan December ini dgn harga asal! Tidak kiralah majlis hujung tahun depan sekalipun, jika anda menempah sekarang, anda tetap akan mendapat harga 2010. jadi, cepat2 menempah ya! Tawaran ini hanya valid sehingga 11:59pm 31 December 2010.. (tempahan dianggap diterima dgn byrn 50% deposit) :)

Semoga anda terus menyokong kami di Homemade By Luna. Thank you so much!

Warm Regards,
Miramy Adnan & Hafifi Damanhuri

Hantaran Nov: Dark Brown+White

Saya suka yg ini juga. 1st time saya dpt tempahan hantaran tema dark brown+white ni. bagi saya warna ni agak klasik dan elegan dan luxury! hah! xtau nk gambarkan yg mana 1. hihi. xkisahlah, tp ia menjadi one of my favorites!

Tempahan ini drpd mak saya sendiri utk hantaran kahwin anak perempuan best fren dia, cik som. Congrats to cik som sempena nk terima menantu sulung 12 december 2010 nnt. and thanks to mommy kerana menambahkan pendapatan utk tabung kawen saya. hihi!




Hantaran Nov: Black+Silver

Tempahan hantaran hitam dan silver ini adalah drpd Kak Watie (dia yg order sy 200pcs choc utk makan-makan tu. hihi). Hantaran ni katanya utk kwn dia. saya xpasti pulak utk tunang atau kahwin.

Senang deal dgn kak watie ni. Dia bagi tema kaler hitam silver. yg lain2 mcm box, choc, deco sume dia serahkan kat saya. Thanks kak Watie kerana mempercayai saya. (^_^) Ini hasilnya.




Engagement choc Afiey & Naina (black+white)

1st of all, congrats to Afiey and Naina for your engagement. semoga majlis berjalan lancar hendaknya ya. Utk tempahan kali ni, saya cuma buatkan choc utk hantaran ni.

Utk deco pula (tema hitam putih) adalah hasil tangan drpd nurul, mo craft. actually, order choc ni dtg drpd kwn nurul. sbb tu sy cuma supply choc, n deco adalah dibwh tanggungjawab (err..tiba-tiba tak igt nk pkai word apa yg sesuai) nurul.. so, mari lihat choc HBL and deco digubah oleh mo craft. Thanks kpd Naina utk tempahan choc ya!




sumthing "ceria" utk puan isteri

Saya dapat tempahan ni daripada encik Mus. dia minta sy buatkan choc mix shape and mix filling utk birthday si isteri. Utk deco pula, dia request utk saya buatkan something ceria. Bila si isteri dpt choc gift ni, dia rasa ceria. Bagi saya, kalo nk bagi kt partner ni, ceria-ceria pun. mesti ada unsur romantik kan? hihi. jd sy cadangkan kpd encik Mus utk gunakan love shape box. Thanks encik Mus!

So, bila encik Mus ckp tentang ceria.. saya terus terpikirkan partner deco saya, nurul mo craft. oh..her paper quilling always make me ceria. so sy decide utk bagi assignment ni kat dia. hihi. so, paper quilling and deco di atas box ni adalah hasil drpd puan nurul. nurul, sorry ya. saya sedikit cerewet minta u buat mcm ni mcm itu. haha! So, lets cekidaut!




makan.makan.makan part III

Utk bulan november ni, saya byk juga terima tempahan utk makan-makan. saya ucapkan byk2 terima kasih kpd mereka yg telah menempah drpd HBL ya. antara yg telah menempah ialah kak watie, ecah (hantu chocula ni) and yan. ada juga yg lain, tp sy xbape igt nama. sy minta maaf ya. sbb most of them tempah melalui hosmate sy, tokey mo craft.. thanks byk2 kpd semua ya!

tempahan ecah. 50pcs count chocula. mix milk+white choc

tempahan kak watie. 200pcs milk choc. mix shape+mix filling

tempahan yan. 50pcs count chocula. 32pcs for mkn2, 18 pcs for gift