Sunday, December 5, 2010

Bad news (T.T) and Good news (^_-)

Seperti yg telah sy gembar gemburkan di FB sebelum ni, HBL akan buat 2 pengumuman. 1 bad.. huhu.. 1 good.. yeay!

Kita mulakan dgn yg bad news dulu ya. Bad News:
kami di HBL dukacita ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2011, harga semua jenis choc di HBL akan dinaikkan sebanyak 20sen - 50sen. Ini kerana harga bahan mentah utama iaitu coklat telah naik dipasaran. Bukan sen, tp ringgit! kami juga terkejut dgn kenaikan harga tersebut. (T.T) Dengan rs berat hati, kami terpksa juga naikkan harga choc di HBL kerana ingin mengekalkan jenis dan isipadu choc yg digunakan selama ini. Anda mungkin akan melihat di tempat lain, ada yang menawarkan harga yg lebih rendah, tetapi rasa choc mereka mungkin berbeza dgn choc di HBL. Oleh itu, kami telah membuat keputusan utk kekal menggunakan choc jenama yg sama dgn menaikkan sedikit harga di sini.

Setiap yg buruk, pasti ada baiknya. Good News:
Kami tetap akan memberikan homemade choc yg terbaik untuk anda. Tidak kurang, malah kami akan memberikan yg lebih baik drpd sekarang. Oleh itu, kepada yang berminat untuk menempah choc kami pd tahun 2011, anda dialu-alukan untuk membuat tempahan sepanjang bulan December ini dgn harga asal! Tidak kiralah majlis hujung tahun depan sekalipun, jika anda menempah sekarang, anda tetap akan mendapat harga 2010. jadi, cepat2 menempah ya! Tawaran ini hanya valid sehingga 11:59pm 31 December 2010.. (tempahan dianggap diterima dgn byrn 50% deposit) :)

Semoga anda terus menyokong kami di Homemade By Luna. Thank you so much!

Warm Regards,
Miramy Adnan & Hafifi Damanhuri

No comments: